The RealiTy AbouT EnzYmE

First of all, let us understand how our digestive system works.

I will try to explain this in as layman a language as possible.
Our human body produces about 22 different digestive enzymes. A majority of the source of these enzymes are found in fruits, vegetables, meats, grains and other foods.

These enzymes are essential for healthy digestion, yet it is a nutritional compound that is most neglected. Unfortunately, most people lack these enzymes due to the poor choices of food we take, and the way food is prepared.

Enzymes are found in abundance in raw fruits and vegetables. When God created fruits and vegetables, He had packaged the necessary enzymes to digest the particular nutrients in that fruit. For example, in a juicy sweet fruit, there is sucrase, the enzyme required to digest sucrose. In fibrous foods there is, packaged together, cellulase to digest them. In grains there is maltase, to digest malt, and so on.

So you see, when we cook or process these whole foods, the enzymes are destroyed, causing the food we consume to be enzyme-deficient and cannot be properly digested.

When we consume these enzyme-deficient foods, our deprived body will have to generate its own enzymes required to digest the food.

The more we depend on our internally-produced enzymes, the more stress we put on our body systems and organs. When our body enzymes are busy digesting our heavy meal that has no enzyme, their function of rebuilding and replenishing our worn-out and damaged cells are neglected.

For example, when we eat cooked meat (which of course must be cooked), the enzymes would have been destroyed, making the meat to be of no nutrient value. And meat, by the way, takes up to an average of about 8-12 hours to be digested (and even more for some people).

When you consume meat, your digestive system works extra hard to digest the meat. When the system lacks the required enzymes to do its work, it engages enzymes from other parts of the body to help out, depleting the body's natural enzymes

That's why, after a heavy meaty meal, you will feel lazy and sleepy. This is because more enzymes than necessary are consumed and are working overtime to digest the meat.

Don't get too smart and eat plenty of fruits after you consume a huge meal, expecting the fruits to do its job in providing enzymes for digestion. It doesn't work that way.

Fruits take up to an hour to digest. And, because meat takes much longer to digest, the fruit you consumed after a meal will just sit on top of the undigested food in your intestine. This causes the fruits to ferment in your stomach and it starts to putrefy, producing gas, and causing a host of problems to your health.

When you do eat a huge meal, drink with it a glass of fresh pineapple juice afterwards (not canned). Pineapple is rich in bromelain which aids digestion by breaking down protein.

Here's Something Exciting: What Enzymes Do To Our Blood

These are images of a person's blood being analyzed under the microscope. A sample blood is taken of a person whose body is lacking of nutrients and enzymes. The blood cells are clustered together and moving very slowly.


In Our Digestive System

This person was then given to drink a glass of carrot, green apple and wheatgrass juice, extracted using the Green Power. Half an hour later, a sample blood was taken again to be observed under the microscope. Lo and behold, the blood cells separated and was suddenly moving about very actively.



The blood cells become active when it receives sufficient enzymes. One of the functions of our red blood cells is to carry oxygen and nutrients to all parts of the body. When there is sufficient enzymes present in the blood, the blood cells can do their job properly. You see now, how drinking fresh juices regularly can prevent blood clots which can lead to many health problems including thrombosis and heart attacks.

If the blood is toxic and being stagnant or slow moving (caused by eating too much meat and other harmful foods, and not enough enzymes from fresh fruits and juices), it causes a sluggish system and create untold ailments: from mild ailments like headache/migraine, fatigue, inflammation (e.g. arthritis, gout) to more serious problems like heart diseases and even cancer.


Hope this information will he;p us a lot to manage our food taken in our daily life..I have taken this information from this link, http://www.juicing-for-health.com/enzymes.html...

FluOriDa DalAm UbaT GiGi merBaHayA??!



Sebarkan pada rakan-rakan | Dapatkan code widget banner ini



APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit


BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.


maklumat tentang bendalah ni aku dapat daripada http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/51293-pesanan-dari-ppim-bahaya-fluorida.html

Everybody, please give ur comment about this topic. Kot2 korang ada maklumat tambahan...

ps: aku guna fresh n white, kadang2 colgate (dua2 ada fluorida)...dah lama pkai bendalah tuh.. Ape kesan pada badan aku ek...huhu..tak terpikir deh akalku...

MIGraiN???

Selama ni aku tak tau pun yang sakit berdenyut-denyut kt sebelah kepala aku ni sebenarnya migrain. Bulan lepas aku pegi jumpa doktor kat Pusat Kesihatan UPSI, barulah dapat tau yang aku ni memang ada migrain. Sakit ni datang kadang-kadang and dah lama dah. Cuma aku ingatkan sakit ni just sakit kepala yang biasa jek. Lagi satu, aku ni jenis tak suka makan panadol kalau sakit kepala. Bukan pe, panadol tu actually just as painkiller. Kesan dia sementara jek. Lagipun, kalau dah tiap kali sakit, tiap kali tu jugak kita amik panadol, nanti ubat tu dah xberkesan lagi pada satu masa. Kenapa? Hmm... aku pon nak tahu jugak sebabnya. Korang or sape2 yang tau tu please give feedback 2 my blog. Kita leh kongsi bersama.

Ha...ni aku ada jumpa informasi tentang migrain. Korang yang rasa korang xda migrain pon kena baca. Just sebagai knowledge...

Apa Itu Migrain?

Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Adakah anda biasa mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala? Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelilingnya? (selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk). Atau adakah anda biasa berasa amat sensitif pada bunyi (fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)?



Jika anda mengalami gejala-gejala di atas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain.

Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Migrain juga di kenali sebagai ´vascular headache´, manakala dalam bahasa Greek ia di kenali sebagai ´henimikrania´ yang bermaksud sebelah tengkorak. Kebiasaannya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala sahaja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah kepala.


Pada tahap yang teruk migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflamasi). Ia juga kadang-kala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura. Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.


Migrain juga adalah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.



FAKTOR-FAKTOR PENTING PENYEBAB MIGRAIN


Keturunan

Bagi individu tertentu saluran darah mereka begitu sensitif kepada kesan penyejukan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan efektif. Kesan ini menyebabkan mereka mudah mendapat migrain dan sakit kepala.

Pemakanan

Jenis makanan yang di ambil mempengaruhi kesihatan individu. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (Ajinomoto), keju, coklat, kekacang dan beberapa jenis kandungan lain juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana ada di antaranya mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan migrain.

Sesetengah individu yang menghadapi masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul juga boleh menyebabkan migrain. Ini terjadi apabila kandungan gula dalam darah menurun dan secara tidak langsung menyebabkan saluran darah mengembang. Alahan (alergik) juga boleh menjadi penyebabnya, begitu juga dengan waktu makan yang tidak tetap atau tidak makan. Bagi individu yang kerap mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe dan minuman berkarbonat, pemberhentian secara mendadak juga boleh menyebabkan migrain. Kaffein akan menyempitkan saluran darah dan apabila individu itu berhenti secara mendadak mengambil minuman yang berkaffein ia akan menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat.


Hormon

Secara terus kemungkinan oestrogen tidak mengakibatkan migrain tetapi paras oestrogen yang tidak menentu turun dan naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Kadar kejadian migrain di kalangan wanita biasanya menurun semasa mengandung dan kebanyakan wanita akan mengalaminya sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid. Ini kerana paras oestrogen pada waktu ini tidak menentu.

Bagi wanita yang mengambil pil perancang sesetengahnya mengalami masalah migrain kerana ada sesetengah pil mengandungi oestrogen begitu juga dengan wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan HRT (hormone replacement therapy). Kaedah ini juga turut mengandungi oestrogen dan menyebabkan paras oestrogen dalam badan tidak menentu.



Gaya Hidup Dan Penyebab

Terlebih, terkurang atau masa tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain.
• Pemakanan yang tidak teratur atau tidak makan.
• Pengambilan ubat juga boleh meyebabkan migrain. Oleh itu minta nasihat doktor sebelum
mengambil ubat.
• Perubahan cuaca juga boleh menyebabkan migrain. Ini termasuklah keadaan pancaran
matahari yang terang atau lampu.
• Bunyi dan bau yang kuat.
• Menonton TV atau menghadap skrin komputer dalam tempoh masa yang panjang.
• Tekanan emosi atau stress. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, samada sebelum atau
semasa menghadapi tekanan.
• Merokok. • Jantina ( 3 - 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki).



JENIS-JENIS MIGRAIN

Classic Migrain

Bagi penghidap migrain jenis ini, kebiasaannya terdapat tanda-tanda awal yang di kenali sebagai aura atau prodrome sebelum berlakunya migrain. Ia berlaku kira-kira 5-15 minit.

Antara tanda-tandanya ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag, bayangan berganda, kebas, buta sementara, pening dan berpusing, sukar bercakap dan fikiran bercelaru. Ini di sebabkan oleh saluran darah yang berfungsi sebagai penghantar darah ke otak dan tisu sekeliling mengecil sementara dan menghad penghantaran darah. Seterusnya menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor.



Common Migrain

Ramai menghidap migrain jenis ini dan ianya terjadi tanpa amaran atau sebarang tanda.

Kesimpulannya, walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain, keadaan masih boleh dikawal. Ubat-ubatan yang ada kini dapat membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.



So, sebagai kesimpulannya...kita tak boleh la tension sangat menghadapi hidup nih. Eventhough kita sedang hadapi masalah yang besar tapi kita haruslah sentiasa muhasabah diri. Mungkin ini dugaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya. Selain daripada berdoa, kita juga perlu teruskan kehidupan seharian kita dalam keadaan yang tenang dan gembira. Tension dalam keadaan yang serabut tidak mendatangkan kebaikan pada kita, malah memberi impak yang buruk pada kesihatan kita. Enjoy your life,so you can live longer. Ups...InsyaAllah...Apa2 yang berlaku adalah dengan keizinan Allah.

Suka sikap Yankumi Sensei yang sentiasa bersemangat dan tidak pernah tension walaupun menghadapi dugaan yang besar dalam mendidik anak2 bangsa...Fighto-Oh!!! (^_^)